




Pada hari Sabtu yang lalu (6 Jun 2009), kami dengan rasa bangganya telah diberikan penghormatan untuk merakamkan detik-detik sejarah pasangan mempelai Rizwan dan Nuratikah di Batu Maung, Pulau Pinang. Alhamdulillah cuaca pagi tu pun nampak cantik dan bersinar-sinar mentari menerangi pemandangan. Walaupun begitu, kami agak-agak konfius kerana di sepanjang perjalanan tersebut, ada lebih kurang 4 majlis perkahwinan dan lebih malang Rain terlupa lokasi sebenar majlis. Kami terpaksa berhenti sebentar lalu mula bermain tikam kenduri, dan nasib baik tikaman tu mengena. Kalau tidak, alamat muka malu la...
Setelah berkenalan dengan tuan rumah, kami pun menunggu pasangan mempelai untuk tiba dari Sg. Petani. Tunggu punya tunggu akhirnya sampai jugak setelah 2 kali tersilap teka kereta pengantin. Kami pun memulakan sessi menembak pengantin (haaa bukan tembak guna senapang, mau masuk jel!) dan alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Sessi outdoor pasangan mempelai memilih lokasi Teluk Tempoyak untuk mengabadikan detik bersejarah mereka. Dengan mengenakan sepasang persalinan berona hitam bersulam emas, pasangan pengantin tanpa segan silu bergaya sakan untuk kami..
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan kami menamatkan sessi pada pukul 6. Pasangan pengantin memang sporting terutamanya Nuratikah yang memang sempoi! Apapun selamat melayari bahtera perkahwinan dna moga-moga bahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu!

0 comments:
Post a Comment