
Hah! mesti korang baca pelik je kan tapi itulah hakikatnya. Bulan Mei sudah hampir melabuh tirai. Bulan Jun pula sudah mengetuk pintu menunggu kehadirannya diraikan. Nak dijadikan cerita, cikgu-cikgu sekolah diberhentikan kerja seminggu (cuti le tu...), makin sakan le budak-budak berpesta joli katak!
Dalam budak-budak ni sibuk bercuti, yang tak berapa budak(mak budak, pak budak dan sewaktu dengannya) mula nak merancang apa nak buat dalam minggu bercuti ni. Ada yang dah plan nak pergi bercuti la, balik kampung, shopping ala grand tapi yang pentingnya ada yang dah tak sabar nak membuang title bujang, dara, duda atau janda masing-masing. Almaklum la cuti sekolah apa nak buat lagi...kahwin la!
Jadi, kami ingin mengucapkan selamat bercuti dan selamat berumahtangga kepada mereka yang terlibat sahaja. Yang teringin pasang cawangan baru, pastikan mendapat izin isteri! Bagi yang rasa nak hidup membujang tu, teruskan la aktiviti korang yang tak berfaedah tu...kahwin kan senang,kurang dosa kami pun murah rezeki!

0 comments:
Post a Comment