Belasungkawa Ustaz Asri Ibrahim


“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…”- Allahyarham Asri Ibrahim

Pada hening pagi tanggal 13 Ogos 2009, dunia seni negara digemparkan dengan berita pemergian susuk tawaduk pelopor industri nasyid tanahair, Ustaz Asri Ibrahim ke rahmatullah taala semasa beliau dan ahli Rabbani sedang bersiap2 untuk pelancaran program Syahadah terbitan RTM sempena Ramadhan.

Beliau yang bermula pada tahun 1986 sebagai lead untuk kumpulan nasyid terkenal ketika itu, Nadamurni kemudian meneruskan sayap perjuangan syariat Islam melalui penubuhan Rabbani pada 1997. Masih terngiang-ngiang kelunakan suara dan kemerduan alunan irama nasyid ketika lagu Pergi Tak Kembali berkumandang.

Sesungguhnya pemergian beliau tidak akan kembali lagi. Moga Allah memelihara dan menempatkan rohnya di kalangan orang Soleh dan di taman syurga. Amin...

Kemaskini Pakej Terbaru Kami!



Terlebih dahulu kami ingin memohon maaf kerna agak sunyi dari blogging world ni sebabnya kami dalam proses update dan berbincang tentang pelan harga dan pakej terbaru yang ingin kami lancarkan sempena musim perkahwinan yang bakal mendatang ni... Alhamdulillah setelah mereview dan mengkaji sistem dan pelan daripada rakan-rakan lain maka kami mengambil keputusan untuk menyemak kembali skim harga yang kami perkenalkan dahulu dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk repackage kembali pakej kami dengan promosi terbaru 2009...so enjoy dan sila buat tempahan sekarang!

Loyalty or Trustworthy?

Dalam dunia yang mencabar ni, manusia semakin hari semakin rakus mengejar kemewahan. Sekarang adalah dunia di mana wang menjadi penentu kejayaan. Wang adalah pengukur tahap kesetiaan dan kebolehpercayaan. Sifat setiakawan yang menjadi pegangan kita suatu masa dulu perlahan-lahan hilang dalam kealpaan kita mencari sedetik kejayaan.

Kesetiaan dan kebolehpercayaan merupakan dua perkara terpenting dalam perhubungan sesama insan, tidak kira hubungan persahabatan, profesional atau percintaan. Tiada wujudnya suatu asas perhubungan kukuh tanpa dua elemen ini. Tiada wujudnya cinta jika satu pihak tidak mempercayai pihak satu lagi. Tidak tertegaknya tamadun agung andai masing-masing tiada persefahaman dalam diri.

Agama Islam berkembang melalui dua perkara ini. Orang pertama buktinya setia dan percaya ini penting ialah Saidina Abu As-Siddiq. Rasulullah dalam menghadapi badai kemarahan dan keangkuhan Arab Jahiliah sentiasa yakin bahawa Abu Bakar akan selalu disisi baginda. Beliau begitu yakin sekali Rasulullah membawa ajaran yang betul dan tahap kesetiaan dan kebolehpercayaan yang tinggi mengangkatnya menjadi Khalifah pertama setelah baginda wafat. Jika tiada orang yang setia kepada Rasulullah dan meletakkan kepercayaan mereka kepada Rasulullah, nescaya tidak akan wujud 1 billion umat Islam di muka bumi ini. Islam yang tersebar di tanah Melaka beratus tahun dahulu juga berkisar kepada dua perkara asas ini. Pedagang Arab dan India Muslim terlebih dahulu mendapatkan kepercayaan masyarakat setempat untuk menjalankan perdagangan mereka. Melihatkan kesungguhan mereka dan kecintaan mereka terhadap agama yang mereka anuti maka Melaka keseluruhannya tunduk dna patuh kepada ajaran Islam.

Sayangnya, elemen penting ini semakin hari semakin parah ditikam kebendaan dan material plastik. Dogma palsu hedonisma melampau menjerat minda kita. Hilang arah dalam kesesatan status pangkat dan darjat menyebabkan kita lupa tanah yang kita berpijak. Janji keberadaan selesa membalikkan cermin keinsafan yang selalu menjadi refleksi diri. Adakalanya permusuhan dan pertelingkahan remeh itu menjadi barah dalam perhubungan. Gelak ketawa dan senyuman mesra yang biasa dikongsi akan lenyap diganti syak wasangka dan dendam kesumat.

Manusia di dunia ini cuma ada dua spesis, padi dan lalang. Semua orang tahu resam padi dan lalang namun tak semua tahu sifat padi dan lalang. Padi hanya mampu hidup dalam keadaan kesepaduan pemikiran dan keazaman manakala lalang mampu mengharungi hidup dalam apa jua keadaan. Tiada padi dalam sekumpulan lalang namun sehelai lalang mampu tertegak dalam himpunan padi. Dari jauh tiada bezanya kalau dilihat bentangan sawah yang menghijau namun harus dilihat lebih dekat pasti terlihat lentuk longlai lalang di celah-celah kawanan padi. Begitulah sifat manusia, orang yang baik budi, mulia hatinya manakan bisa hidup dalam kepura-puraan namun si munafik sanggup hidup bermuka dalam kezuhudan palsu.

Aku telah menyaksikan sebuah kepuraan dalam kehidupan. Opera yang dilakonkan mereka sungguh teliti dan terkesan sehinggakan aku dikaburkan antara realiti kehidupan dan solekan kepalsuan. Terkadang aku merasakan insan yang selalu mengangguk setuju seperti padi namun rupanya lalang terselirat dicelah ranting. Aku juga menyaksikan betapa dacing keadilan itu boleh dimanipulasikan mengikut kehendak pemukanya. Rupanya tiada keadilan dalam dunia ini, mereka yang setia dan lurus akhirnya ditunjukkan jalan menuju neraka sedangkan mereka yang terang-terangan bercabang lidah dan perlakuan diagung dan dipuja. Peliknya, mereka yang dahulunya mengakui betapa liciknya cicak-cicak lidah bercabang ini menjalankan tipudaya mereka sanggup bersekongkol demi sebuah jawatan haprak yang tak bernilai!

Rupanya diamnya manusia ini penuh muslihat. Kita yang sentiasa beranggapan bahwa mereka tidak mungkin bersekongkol dengan kekalutan rupanya tunduk dalam satu perjalanan untuk mencapai anugerah duniawi. Dek kerna terbuai dengan angin bisikan syaitan, terlupa mereka batu yang mereka duduk itu pernah memberi keselesaan walau sesaat. Ada pula insan yang hidungnya tiba-tiba terangkat tinggi hinggakan terlihat lubang sebesar Gua Kelam...dek kerana baru mencapai hajat dan kekayaan. Mereka langsung lupa insan-insan yang pernah menjadi tangga kejayaan dan menghilangkan kesetiaan dalam kerlipan mata. Tiada lagi memandang tangga yang dibawah kerana yakinnya sampai sudah ke kemuncak, sedangkan terlupa mereka kemuncak itu cumalah sebuah tangga lagi..mungkin tangga itu sudah terlalu lama menahan ego sipemanjat lalu berpakat untuk meruntuhkan keegoaan..langsung jatuh terduduk menyembah bumi. Tersedar kembali tangga itu sudah tiada yang tinggal lingkaran tali berduri yang masing-masing ingin menikam masing-masing...

Campakkan ego mu jauh-jauh kerana kejayaan mu itu sifatnya fana. Andainya percaya kejayaan itu hasil usahamu maka baliklah bermimpi lagi kerna tangga-tangga usang itulah yang menjulang kejayaan mu. Setianya mereka untuk menjulang namamu, namun setelah sampai ke puncak idaman, palitan najis kau tinggalkan...Sedarlah diri kerna disebabkan kepercayaan mereka terhadapmu maka impian itu terlaksana...

Mungkin suatu hari nanti pabila kau tersedar dari tidur yang lena baru kau tahu, impian angin mu itu cuma mimpi terindah tinggalnya. Mungkin kau sedar duri-duri yang kau sangka kuntumnya mawar itu rupanya lintah menghisap darahmu...terlambat sudah untuk kau menyedari kaca yang menikam kaki mu itu sebenarnya berlian yang kau lupakan demi impian plastik mu!

Michael Jackson (Mikhael) meninggal dunia...


Salam semua...

Pada 25hb Jun 2009, dunia telah kehilangan sebutir permata seni yang sungguh hebat. Beliau merevolusikan dunia pop yang suram pada era 80an dengan turutan lagu-lagu yang mengasyikkan dan memecah sempadan baru dunia seni. Beliau yang dimaksudkan ialah Michael Jackson (atau nama Islamnya Mikhael Jackson) telah dilaporkan meninggal dunia akibat kegagalan jantung. Walaupun terdapat kontroversi menyelubungi sebab utama kematiannya (ada yang mengatakan akibat cocktail dadah penahan sakit seperti Demerol dan Vicodin0, namun hakikat sebenar kemampuan Jackson menggegarkan dunia hiburan antarabangsa serta muziknya yang melangkaui batas sempadan warna kulit dan agama tidak dapat dinafikan.
Aku tak perlu nak mendetailkan sejarah hidupnya namun pada aku, Jackson merupakan insan hebat. Lihat sahaja video muziknya yang mendahului zamannya sendiri. Beliau juga terkenal dengan tarian moonwalk yang menjadi ikutan ramai pada era 90an. Walaupun terdapat pelbagai skandal dan kontroversi menyelubungi kehidupannya, namun sebagai orang Islam kita tidak perlu mengorek sejarah lampau beliau. Michael memeluk Islam bersaksikan abangnya Jermaine dan juga beberapa kenalan termasuk Yusuf Islam. Seandainya benar beliau memeluk Islam maka semoga Allah merahmati dan memaafkan segala dosanya....

Transformers:Revenge of The Fallen-spoiler alert!


Semalam aku berkesempatan untuk menonton sneak preview filem Transformers terbaru walaupun pada awalnya aku malas nak pergi, tapi setelah didesak oleh member2, aku ikut je...tiket free!Jadi sape2 yang bercadang nak pergi menonton aku cadangkan untuk tidak membaca post ni sampai habis..
Cerita bermula dengan menunjukkan klip bagaimana kewujudan Transformers di bumi seawal kewujudan manusia dengan kehadiran 7 buah transformers terawal iaitu Prime bersaudara. Mereka membina sebuah mesin untuk menjana energon dari tenaga matahari, namun salah satu daripada 7 Prime (macam ultraman bersaudara plak bunyinya!) berniat jahat untuk menghancurkan bumi ini, lalu Prime yang lain menewaskannya dan bersepakat untuk menyembunyikan matrix of leadership iaitu kunci mesin tersebut bersama makam mereka. Prime yang menderhaka iaitu The Fallen bersumpah suatu hari nanti dia akan kembali.
Sector 7 telah dibubarkan dan digantikan dengan NEST iaitu gabungan askar seluruh dunia bersatu dengan Autobots mencari dan memusnahkan saki baki Decepticons yang diketuai oleh Mejar Lennox(Josh Duhamel) dan Optimus Prime. Sam(Shia LeBouf) pula mendapat tawaran ke kolej dan terpaksa meninggalkan Bumblebee. Namun secara tidak sengaja dia terjumpa serpihan Allsparks dan menyerap segala maklumat didalamnya beserta peta lokasi terletaknya matrix dan mesin tadi.
Sam yang tidak lagi berminat untuk menyertai perjuangan Autobots akhirnya terpaksa berbuat demikian setelah Optimus Prime mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan Sam. Maka bermulalah pengembaraan Sam dan Mikaela(Megan Fox) untuk mencari matrix yang mampu menghidupkan Optimus kembali.
Berjayakah beliau?

Percubaan Nokia N95




Hehe...sebenarnya gambar-gambar ni aku ambil lame dah tp saje je nak buat percubaan dengan Nokia N95 aku ni...ye la kan takkan nak usung kamera 24 jam kot...kot-kot kalau ada scene menarik leh ngan seberapa pantas aku leh guna phone camera nih...

Hasad dengki...bahayanya!

HASAD DENGKI DAN IRI HATI

Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."

Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorangpun iaitu:

  • Buruk sangka

  • Hasad dengki

  • Takut sial kerana sesuatu

Lalu ditanya: "Ya Rasulullah, bagaimana untuk selamat dari semua itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)." Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka Allah s.w.t. maafkan selama belum keluar dengan lidah atau perbuatan. Jika su'udhdhan (buruk sangka) maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya. Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam hati maka teruskan hajatmu dan jangan mundur."

Nabi Muhammad s.a.w. suka kepada fa'al (kata-kata yang baik atau harapan yang baik) dan tidak suka thiyarah (takut sial kerana burung dan sebagainya) dan bersabda: "Thiyarah itu perbuatan jahiliyah." Seorang mukmin tidak takut dan berlindung kepada Allah s.w.t.

Ibn Abbas r.a. berkata: "Jika kamu mendengar suara burung maka bacalah: "Allahumma la thoira illa thairuka walaa ilaha ghoiruka walaa haula walaa quwwata illa billahi." (Yang bermaksud): "Ya Allah, tidak ada burung kecuali burungMu dan tidak ada kebaikan kecuali daripadaMu dan tiada Tuhan kecuali Engkau dan tiada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah." Dan teruskan maksudmu, maka tidak akan ada sesuatu yang berbahaya bagimu. Bi idz nillah.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Jangan benci membenci dan jangan hasud menghasud dan jangan menawar barang untuk menjerumuskan orang lain dan jadilah kamu hamba Allah sebagai saudara."

Mu'awiyah bin Abi Sufyan berkata kepada puteranya: "Hai anak, hati-hatilah dari hasud, dengki kerana ia akan nyata pada dirimu sebelum bahayanya tampak nyata pada musuhmu."

Abul Laits berkata: "Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada hasud, sebab penghasud itu akan terkena lima bencana sebelum terkena apa-apa yang dihasud iaitu:

  • Risau hati yang tak putus-putus

  • Bala yang tidak berpahala

  • Tercela yang tidak baik

  • Dimurka Allah s.w.t.

  • Tertutup padanya pintu taufiq

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Ingatlah bahawa nikmat-nikmat Allah s.w.t. ada musuhnya." Ditanya: "Siapakah musuh-musuh nikmat Allah s.w.t. itu, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ialah mereka yang hasud terhadap nikmat kurniaan Allah s.w.t. yang diberikan kepada manusia."

Malik bin Dinaar berkata: "Saya dapat menerima persaksian orang qurraa' terhadap siapapun tetapi tidak dapat menerima persaksian terhadap sesama qurraa' sebab diantara mereka ada rasa iri hati dan hasud menghasud." Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Enam kerana enam akan masuk neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu:

  • Pemerintah kerana zalim

  • Orang kerana fanatik (mengutamakan kebangsaan)

  • Kepala desa kerana sombong

  • Pedagang kerana kianat

  • Orang dusun kerana kebodohan

  • Ahli ilmu kerana hasud

Yakni ulama yang hanya berebut dunia, mereka hasud satu sama lain, kerana itu seharusnya seseorang menuntut ilmu kerana Allah s.w.t. dan akhirat supaya tidak timbul hasud menghasud antara satu pada yang lain. Sebagaimana firman Allah s.w.t. mengenai orang-orang Yahudi (Yang berbunyi): "Am yahsudunan naasa ala maa ataahumullahu min fadhlihi." (Yang bermaksud): "Ataukah mereka hasud pada orang-orang kerana Allah memberikan kurniaNya kepada mereka."

Seorang cendikiawan berkata: "Awaslah dari hasud (irihati) sebab hasud itu pertama-tama dosa dilangit dan juga pertama dosa yang terjadi dibumi. Iblis laknatullah diperintah sujud pada Nabi Adam a.s. akan tetapi oleh kerana ia irihati (hasud) sehingga menolak perintah Allah s.w.t. dan dia dikutuk oleh Allah s.w.t. dan juga Qabil membunuh Habil kerana irihati, hasud sebagaimana tersebut didalam ayat (yang berbunyi: "Watlu alaihim naba'abnai Adama bilhaqqi idz qorrabaa qurbana, qaala la aqtulannaka qaala innama yataqabbalullahu minal muttaqien." (Yang bermaksud): "Bacakanlah berita kedua putera Adam ketika sama-sama mengajukan korbannya, maka diterima yang satu dan ditolak yang lain, lalu ia berkata: "Saya akan membunuh engkau." Jawabnya: "Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang yang bertaqwa."

Al-Ahnaf bin Qays berkata: "Orang hasud tidak dapat senang dan orang bakhil tidak berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang kianat dan tiada budi bagi orang yang rosak moral (tidak berakhlak).

Seorang hakiem (cendiakiawan) berkata: "Belum pernah saya melihat seseorang zalim menyerupai orang yang dianiaya daripada penghasud."

Muhammad bin Sirin bertanya: "Saya tidak dapat menghasud orang atas sesuatu daripada dunia, jika ia ahli syurga maka bagaimana saya akan iri hati padahal ia ahli syurga dan jika ia ahli neraka maka untuk apa hasud terhadap orang yang bakal masuk neraka?"

Alhasan Albashri berkata: "Hai Anak Adam, mengapakah engkau iri hati terhadap saudaramu, maka jika Allah s.w.t. memberi sesuatu kepada orang yang kau hasud itu kerana kemuliaannya disisi Allah s.w.t. maka untuk apakah kau hasud kepada orang yang dimuliakan Allah s.w.t., jika tidak demikian maka untuk apakah kau hasud kepada orang yang akan masuk keneraka?"

Abul Laits berkata: "Tiga macam orang yang tidak akan diterima doanya iaitu:

  • Orang yang makan haram

  • Orang yang tidak suka ghibah (membicarakan kejelekkan orang)

  • Siapa yang didalam hatinya ada hasud/irihati terhadap kaum muslimin

Ibn Syihab (Azzubri) dari Salim dari ayahnya (Ibn Umar) r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tidak boleh seorang hasud kecuali dalam dua macam iaitu:

  • Seorang yang diberikan Allah s.w.t. kepandaian dalam Al-Quran maka digunakan siang malam (diamalkan)

  • Seseorang yang diberikan Allah s.w.t. kekayaan maka ia bersedekah siang malam.
    Ertinya: Orang boleh hasud untuk sedemikian ini

Abul Laits berkata: "Yakni rajin sesungguh-sungguhnya ingin meniru perbuatan itu dalam ilmu dan kekayaannya, maka ini adalah baik. Maka jika ia ingin berubah orang yang baik itu maka ia jahat kerana Allah s.w.t. telah berfirman (Yang berbunyi): "Wala tatamannau maa fadhdhalallhu ba'dhakum ala ba'dhin." (Yang bermaksud): "Jangan menginginkan aoa yang diberikan Allah sebagai kurnia kepada setengahmu atas yang lain." Dalam ayat yang lain pula Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): " Was'alullaha min fadh lihi." (Yang bermaksud): "Kami sendiri minta kepada Allah dari kurniaNya."

Maka kewajipan tiap muslim membersihkan dari dari hasud sebab hasud itu menentang hukum Allah s.w.t. dan ketentuan kurnia yang diberikan Allah s.w.t. kepada seseorang hamba yang diridhoNya.

Al-alaa' bin Abdurrahman dari ayahnya dari Abuhurairah r.a. berkata: "Ia bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentang kewajipan seorang muslim terhadap sesama muslim?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Hak kewajipan seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam iaitu:

  • Jika bertemu harus diberi salam

  • Jika mengundang harus didatangi

  • Jika diminta nasihat harus ditunjukkan yang benar (dinasihati)

  • Jika bersin dan mebaca Alhamdulillah harus didoakan dengan berdoa Yarhamukallah

  • Jika sakit harus diziarah

  • Jika mati harus dihantar jenazahnya

Abul Laits meriwayatkan dengan sanandnya dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Saya telah menjadi pelayan Nabi Muhammad s.a.w. sejak berumur lapan tahun dan pertama yang diajarkan Nabi Muhammad s.a.w. kepadaku: "Ya Anas, tetapkan wudukmu untuk sembahyang supaya dicinta oleh Malaikat yang menjagamu, dan ditambah umurmu. Ya Anas, mandilah dari janabat dan sempurnakan didalam mandi itu sebab dibawah tiap helai rambut ada janabat." Saya bertanya: "Bagaimana menyempurnakannya?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Puaskan sampai kedalam rambut-rambutmu dan bersihkan benar kulitmu, supaya engkau keluar dari tempat mandi sudah diampunkan dosa-dosamu. Ya Anas, jangan engkau tinggalkan sembahyang dhuha sebab itu sembahyangnya orang-orang awwaabiin (yang taubat kemabali kepada Allah s.w.t.) dan perbanyakkan sembahyang malam dan siang sebab selama engkau sembahyang maka Malaikat mendoakan untukmu. Hai Anas, jika engkau berdiri sembahyang makategakkan dirimu dihadapan Allah s.w.t. dan jika rukuk maka letakkan kedua tapak tangan dilututmu dan renggangkan jari-jarimu dan renggangkan kedua lenganmu dari pinggangmu, dan bila bangun dari ruruk maka tegakkan sehingga kembali semua anggota ditempatnya, dan jika sujud maka letakkan wajahmua ditanah dan jangan sebagai burung yang menyucuk makanan dan jangan kau hamparkan kedua lenganmu sebagaimana pelanduk, dan jika duduk diantara dua sujud maka jangan sebagaimana duduk anjing dan letakkan kedua bokongmu diantara dua kaki dan letakkan bahagian atas tapak kaki ditanah sebab Allah s.w.t. tidak melihat sembahyang yang tidak sempurna rukuk sujudnya. Dan jika dapat engkau tetap berwuduk siang malam maka kerjakanlah, sebab jika tiba mati kepadamu engkau sedang berwuduk, maka engkau tidak luput dari mati syahid. Hai Anas, jika engkau masuk kerumahmu maka berilah salam kepada keluargamu, supaya banyak berkat rumahmu dan jika engkau keluar untuk hajat maka beria salam pada tiap muslim yang bertemu kepadamu supaya masuk manisnya iman dalam hatimu, dan kila terkena dosa ketika keluar maka akan kembali sudah diampunkan dosamu. Hai Anas, jangan sampai diwaktu siang dan malam engkau mendendam dengki kepada seorang muslim sebab itu dari ajaranku maka siapa yang mengikuti ajaranku bererti cinta kepadaku dan siapa yang cinta kepadaku maka ia bersamaku disyurga. Hai Anas, jika engkau melakukan dan mengingati wasiatku ini, maka tidak ada sesuatu yang lebih suka daripada maut sebab disitulah istirehatmu."

Didalam ajaran Nabi Muhammad s.a.w. ini dinyatakan bahawa membersihkan hati daripada dengki dan hasud kepada seseorang muslim termasuk Sunnaturrasul yang menjadi tanda cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w. bagi siapa yang melakukannya, bahkan bersama Nabi Muhammad s.a.w. siyurga. Maka wajib tiap muslim membersihkan hatinya dari rasa dengki dan hasud sebab termasuk amal yang utama.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas r.a. berkata: "Ketika kami dimasjid bersama Nabi Muhammad s.a.w. tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ""Akan masuk kepadamu seorang ahli syurga sambil memegang kedua kasutnya dengan tangan kirinya." Maka tiba-tiba masuk seorang sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu dan sesudah memberi salam ia duduk bersama kami. Kemudian pada esok harinya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda pula dan masuk kembali orang itu seperti keadaan kelmarin dan hari ketiga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, juga sama seperti hari pertama dan kedua, dan ketika orang itu bangun untuk kembali diikuti oleh Abudullah bin Amr Al-ash dn berkata kepada orang itu: "Telah terjadi pertengkaran sedikit antaraku dengan ayahku sehingga aku bersumpah tidak akan masuk kerumah selama tiga malam, maka jika engkau tidak keberatan maka saya akan bermalam dirumahmu selama itu?" Jawabnya: "Baiklah." Anas berkata: "Abdullah bin Amr menceritakan bahawa ia bermalam dirumah orang itu dan ternyata bahawa orang itu tidak bangun malam, hanya jika tidur berzikir sehingga bangun fajar dan jika berwuduk sempurna dan sembahyang dengan khusyuk dan tidak puasa sunnat. Ddemikian saya perhatikan kelakuannya sampai tiga hari tiga malam, tidak lebih dari itu dan hanya saja ia tidak berkata-kata kecuali yang baik-baik. Dan setelah tiga malam saya merasa bahawa ia tidak mempunyai amal yang berlebihan dan saya kata kepadanya: "Ssebenarnya antara ku dengan ayahku tidak ada apa-apa, tetapi saya telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda didalm tiga majlis: "Akan tiba padamu seorang ahli syurga." tiba-tiba engkau datang dan kerana itu saya ingin mengetahui amalmu, maka saya berusaha bermalam dirumahmu untuk meniru amalmu tetapi ternyata kepadaku bahawa engkau tidak berlebihan, maka apa yang kiranya menyebabkan engkau sehingga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda sedemikian?" Jawabnya: "Tidak lain melainkan apa yang sudah engkau lihat itu." Maka pergilah aku, tetapi lalu dipanggil olehnya dan berkata: "Amalku tidak lebih melainkan apa yang engkau saksikan itu, cuma saja saya tidak irihati atau dengki pada seseorang muslim terhadap segala yang ia dapat." Maka saya katakan: "Inilah yang menyampaikan engkau sehingga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda sedemikian itu dan itulah yang tidak dapat kami lakukan."

Seorang cendikiawan berkata: "Orang hasud telah menentang Allah s.w.t. dengan lima hal iaitu:

  • Kerana ia membenci nikmat Allah s.w.t. terhadap orang lain

  • Dia tidak suka pembahagian Allah s.w.t. untuk dirinya seolah-olah ia berkata: "Mengapa Engkau membagi begini?"

  • Ia bakhil terhadap kurniaan Allah s.w.t.

  • Dia menghina waliyullah sebab ia ingin tercabut nikmat Allah s.w.t. yang diberikan kepadanya

  • Dia membantu kepada iblis laknatullah

Orang yang hasud tidak memperolehi dalam pergaulan kecuali hina dan kerendahan dan dari Malaikat kecuali laknat (kutukan) dan benci, dan jika sendirian hanya kerisauan dan duka dan ketika nazak (sakartul maut) hanya kesukaran, keberatan dan ketakutan dan dihari kiamat kecuali malu dan siksa, kemudian dalam neraka tempat bakarannya."